<description><![CDATA[Assalammualaikum...
Hai nama saya Ku Nur Hazarina Binti Ku Haizal. Umur saya 4 tahun. Hari ini dalam sejarah, saya gunting rambut kat salon. Selalunya abah saya yang gunting rambut saya. Tapi sekarang saya dah pandai demand nak gunting kat salon. Nak fesyen rambut macam kanak2 kat dalam rancangan Tom2 Bak tu.... :-D yeahhh saya suka hati...saya sangat suka hati... LOL 
Kita ppposssing dulu sebelum gunting  :-D 
eeiii.....rasa seriau je tau bila aunty ni start mengunting  :-) 
kasi blow sikit ye  $-) 
Taaaaaadaaaaaa.....my new hair style.....cantik tak? Yeeahhhh.....sayang mama dan abah..mmmuuuaaahhhhh....]]></description>
<description><![CDATA[Salam semua,
Disebabkan teruja dengan fp kengkawan yg penuh dengan kek2, akhirnya ai terbuat jugak kek untuk birthday rina yg lepas ni... :->  :-> Punya la excited nak buat kek, seawal pukul 7 pagi dah bermula proses membaking kek ni  8-) Bila ditolak, campur, bahagi dan kali semua proses2 tersebut, akhirnya tepat pukul 10.30 pagi...kek ai dah siap...yeeeahhhh....berjaya jugak ai membaking kek ni.. LOL  LOL . 
Hu...hu...tapi jeng...jeng...ada kecacatan sikit la...ditengah2 kek tu lembut macam kek la...tapi kat tepi2 kek tu keras berdentum la plak  :-) he...he... :-> jadi nak cover line ai cakap kat tetamu yang kek ni 2 in 1 ye...which is a combination of cake and cookie...tp rasanya boleh la tahan..  :P Syukur alhamdullilah, tetamu sume sporting...dorang makan je tak banyak soal.  :-D 
Tengok dalam gambar cam perfect je kan. 
Dah siap. Topping coklat n wording kaler hijau. Fuyooo nampak menarik nooooo....(he...he...heeeeee)
Masa ni yang kelakar ni...Rina tak boleh potong kek tu, pisau tu hampir2 nak patah..Sume orang dah gelak2 kat ai...depa kata tu kek ke batu  8-). Kena pakai pisau betul n tajam untuk potong kek tu. Sori ye tetamuku.  ;-) 
My 2 in 1 cake. Ditengah2 lembut macam kek tapi di tepi2nya keras macam biskut. Masih boleh dimakan lagi...emmmmm mungkin boleh dikomersilkan jugak...2 in 1 cake in the market... :-D 
Kek  Coklat
Bahan-bahan A
250gm butter
200gm cooking chocolate
2 table spoon cooking oil
1 table spoon coffee powder
1 cup water
1 1/2 cups castor sugar
Cooked the items above in the microwave at HIGH tempreature for 13 minutes
Bahan-bahan B
1/2 cup flour
1 1/2 cups self rising flour
1/3 cup cocoa powder
Sift these items and then mixed it slowly with items A
Add 3 A size eggs
Cooked in the microwave at HIGH tempreature for 10 minutes
Toppings
2 table spoon butter
1 tea spoon coffee powder
250gm cooking chocolate
1/4 tin milk
stir on stove to melt
<description><![CDATA[Tarikh : 24 April 2008 ( 4 TAHUN )
Tempat : Taska KM 14 Jementah
Masa : 4 pm - 5 pm
Tetamu : Kanak2 kat Taska n cikgu2 Taska
Huraian : Buat majlis yg simple je. Tetamu makan kek n air kotak saje. Tapi punya la payah sangat nak handle kanak2 riang ria ni. Kek tu belum sempat nyayi lagi dah hancusss. Baju rina tu saiz besar, saiz dia dah habis, tu yg nampak cam ade yg tak kena jekan...and crown yg rina pakai tu pinjam sepupu dia punya...jauh diimport dari shah alam tu. Kat Segamat tak jual crown cam tu.
Kesimpulan : Kanak2 sume gumbira la dapat makan kek doraemon....tp mak penat nyah...rasa cam nak pengsan...TAPI janji rina happy...HAPPY BIRTHDAY TO YOU RINA. MAMA N ABAH LOVE YOU SOOO MUCH... :-> 
<description><![CDATA[8 april 2008 hari tu, johor cuti coz hari keputeraan sultan johor. So, hubby angkut kitaorang berdua balik Klang. Yahooooo  LOL , dah lama tak balik klang n yg paling best boleh berehat puas2 coz mak yg akan buatkan semuanya. yeeeaaahhhh. ( walaupun kita dah kawin n umur 29 thn, tp atas nama anak bongsu tu la kita memang berlagak puteri raja gitu kalu kat umah mak... takpe punya...mak tak kisah...hee...heeee.. :-D  :-D )
Rina memang sronok tinggal umah nenek coz adelah kawankan. Kat umah asyik ngadap muka mama je...boring la plak. Sesekali jumpa nenek, biarlah rina memerap ngan nenek pulak. Biar mama n abah bercinta puas-puas  :-> hiks.
Ini aktiviti2 rina kat umah nenek. Enjoy the pics.
Tolong nenek buat kuih donut.
Hai, nama saya rina. Saya suka makan donut. Hari2 saya makan donut.
Surpriseeeeeeee...magic ni...donut kita bertukar menjadi jewellery. Magickan..(Ini kerja nenek la ni  8-) hiks)
Buat rantai la plak.... ;-) 
Main dalam kotak with Qistina]]></description>
<description><![CDATA[heee...heeee....(gelak2 dulu, kelakar ni). Akhirnya dapat jugak saya mencuba resepi choc rice muffin dari kak kamalina ni ( tp kak sy guna choc chips, bahan2 lain sume ikut resepi akak. Tengkiu ye). Heee...heee (gelak lagi). Tp kelakar, muffin tu tak naik la plak, dah macam biskut choc chips la plak. Tp boleh makan lagi, sy sorang je makan 20 biji. Rina makan 1.5 biji n hubby lagi best segigit je  ;-) 
Taaadaaa....(ni kalau mak sy nengok mesti nangis ni  :-D )
Huu...Huuu..perisa coklat  :P 
Perisa vanila pun ada gak  8-) 
Kesimpulan : Kelakar sungguh. Sungguh2 kelakar tak hengat.. LOL  LOL ]]></description>
Gambar ni hubby yg buatkan. Bab2 ni saya tak pandai.
Evolusi perkembangan anak saya :
1. Dulu2 masa kecil rambutnya kerenting halus. Sekarang dah lurus. Pelik sungguh  $-) 
2. Dulu ada tanda merah kat hidung belah kanan. Bila dah besar, tanda merah tu dah hilang. Alhamdullilah. :-) 
3. Masa baru lahir, tapak kaki kirinya bengkok  :-( . Doktor kata bukan cacat cuma belum nak membentuk lagi. (rina lahir tak cukup bulan - sy dapat darah tinggi yg sgt kritikal sampai nak kena sawan - sebab tu keluarkan dia awal - alhamdullilah dua2 selamat  :-D )
4. Lahir dengan berat 2.05 kg, sangat kecil nak dukung pun takut. Tp start umur 2 bulan, badannya macam dipam2 membesar bagai johan, terus dah tak larat nak dukung. Gi mana2 hubby yg dukung  8-)  8-) )
5. Dulu kecil2 kulitnya agak gelap. Sekarang dah putih. Magic sungguh ni  :-> .
6. Boleh bercakap lancar sejak umur 1 tahun. Tapi lambat berjalan. Umur 1 thn baru pandai merangkak.
7. Skang dah 4 tahun...emmmmm.....kena bagi adik ni, buat kawan  :->  :-> hiks]]></description>
<description><![CDATA[Setiap perkahwinan adalah ditentukan oleh Allah. Sebab itu ditegaskan oleh agama bahawa rezeki, jodoh, ajal dan maut ditetapkan Allah sejak kita belum lahir lagi. Percayalah ini dengan kukuh.
Andai kata kita benar percaya bahawa suami/isteri kita dipilih Allah untuk kita, maka dia adalah pasangan kita yang diizinkan Allah. Jika kita percaya bahawa permulaan perkahwinan itu atas ketentuan Allah, maka percayalah juga bahawa kehidupan pasangan itu adalah juga dalam ketentuan Allah kerana sudah ditegaskan rezeki dan ajal kita di tangannya, ini bermakna kehidupan perkahwinan kita itu terus dalam jagaan dan perhatian Allah.
Ketahuilah juga bahawa Allah tidak melepaskan perhatian-Nya kepada makhluknya walaupun sesaat pun. Kalau Allah tahu setiap helai daun yang gugur ke bumi, mana mungkin Allah tidak tahu apa yang sedang kita hadapi. 
Allah maha mengetahui apa yang diinginkan oleh hamba-Nya dalam hidup ini. Allah sangat sayang dan pemurah pada hamba-Nya. Oleh itu kita harus belajar erti sabar dan tabah kerana Allah berjanji sesiapa yang sabar Allah akan beri kemenangan. Langkah pertama, rapatkan diri dengan Allah sehingga kita berasa bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita, Dia melihat dan mendengar hajat, keluhan dan doa kita lebih jelas daripada orang lain di sekitar kita.
Ingatlah isteri paling dicintai oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, iaitu Saidatina Aisyah RA itu tidak dikurniakan anak, namun masih sangat membahagiakan suaminya dan menjadi isteri yang paling dimuliakan Allah berbanding isteri Rasulullah yang lain. Dia tidak pernah sedih dan mengeluh pun kerana dia sedar kemahuan Allah mengatasi kemahuan manusia sedangkan hubungannya dengan Allah dan Rasulnya amat erat . Maka sedarilah kita ini siapa pada mata Allah.
Source : Blog Kak Peanut (Original source - Berita Harian)
Artikel ini sgt menyentuh hati saya, selama 5 tahun bergelar isteri, masih banyak benda2 yg harus saya pelajari untuk menjadi seorang isteri yg boleh dibanggakan oleh sang suami. Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan  pada diri ini sebagai seorang isteri. Artikel ini menguatkan semangat saya untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan diri. Terima kasih juga kepada sang suami yang sangat memahami, memberi tunjuk ajar dan yang paling penting telah memimpin saya ke jalan yg diredhai oleh Nya. ]]></description>
<description><![CDATA[Sabtu lepas kita terrajin buat bun daging  :-D . itu pun sebab ada lebihan tepung roti mini pizza aritu. Kita cuma beli daging kisar Ramly ye. Lepas tu atas lebihan daging kisar tu kita dpt satu lagi idea nak buat macaroni daging. So, mewahlah makanan kami last weekend. kalu dak, minum air kosong jelah untuk breakfast n tea time. tp cam biasa la, aku sorang je yg pulun habiskan sume tu. tak ada moral support langsung  :-( 
Bun daging (500g tepung tu bleh dpt 15 biji bun)
Alamak gambar blur la plak. 
Macaroni daging.
Next project (kalu bajet cukup la) nak buat chocolate rice muffin resepi kak kamalina. kita masih lagi terliur ngan cuppies awak tu eemmmm mengidam gitu. ]]></description>
<description><![CDATA[Lately, kita teringin sgt nak makan mini pizza. Tp takut nak beli di kedai (takut kedai guna sosej nak tak berapa nak halal).Sebab dah tak tertahan lg nak makan, so kita decided buat sendiri ajelah. Guna sosej Ramli (yg sentiasa dijamin halal). So hari sabtu lepas, kita start buat kul 3pm and siap sepenuhnya kul 7.30pm. Tetapi hasilnya kurang menjadi  :-(  :-( sebab : 1)Tepung roti terlalu manis; 2)Pusingan pertama, pizza tu hangit; and 3)Pusingan seterusnya, pizza tak berapa masak. Tp sebab dah teringin sgt, semuanya habis dimakan sekelip mata shj  :P . Mari kita tengok proses pembuatannya  8-) 
Siap dibakar (hangit sikit la beb) :-( 
Ready untuk dingap.(Dlm gambar macam best je, tp sebenarnya tak menjadi  $-) )
p/s: resepi diambil dari FP hanieliza. Terima kasih kak hani, semoga sentiasa murah rezeki. :-D ]]></description>
<description><![CDATA[Hari Rabu lepas kita belikan new dress for my little diva. Balik opis, sampai umah terus suruh dia gi try the new dress tu. And dia tersangatlah sukanya dgn baju tu. Dia kata dia macam cinderella. So dia tak nak buka baju tu sampai malam and tido pun pakai baju tu jugak. Pagi esok nangis2 nak gi skolah  pakai baju ni gak. so malas nak layan, cium baju tu n ok bau supermarket lagi. So pakai gi skolah plak. And kul lima ptg ambil dia kat skolah, she still wearing the same dress ( Kat skolah mandi n tukar baju 2 kali sehari). My goodness, dia memang betul2 suka baju baru ni. Kira berbaloi btul beli baju ni. Padahal harganya hanya RM15.00 je. 
Hai, ada gaya cinderina tak? Mama kita belikan baju ni kat Billion.
KIta posing meniarap la plak. Kita memang suka gedik2 macam ni.
Wanna have a ride with me? Kereta kuda kita sakit, tpaksa naik motor gi istana nak jumpa sang putera raja. Tak nampak ganaskan?
Tengkiu mama,  belikan rina baju ni. Rina suka sangat. Rina sayang mama dan abah. mmuuuaaahhhh.]]></description>